SOAL - JAWAB - TENTANG KARL MARX*
Kursus Kedua
SEKOLAH PARTI
REJIMEN KE-10 TAHUN 1983
Diterbitkan Oleh
PEJABAT KEBENARAN
1 April 1983
PERKENALAN
Kursus kedua Sekolah Parti Rejimen Ke-10 Tahun 1983 telah memulakan pada 16 Mac. Kursus kali ini khusus mempelajari dua buah karya, Frederick Engels yang memperkenalkan Marx iaitu "KARL MARX" dan "PIDATO DI MAKAM KARL MARX". Ini adalah sebagai menyahut seruan Badan Pimpinan DCCUM yang menganjurkan berbagai kesatuan dan unit mengadakan majlis peringatan dan aktiviti mempelajari dua buah karya tersebut sempena memperingati ulang-tahun ke 100 wafatnya guru agung Karl Marx yang jatuh pada 14 Mac tahun ini.
Untuk membantu Kawan-Kawan mempelajari kursus ini dengan lebih baik serta mengulang-kaji dan membuat persiapan bagi mengambil ujian, di sini diterbitkan SOAL-JAWAB berdasarkan kursus tersebut. Di samping mempelajari bahan-bahan dalam SOAL.-JAWAB ini, harap Kawan-Kawan membaca dengan sungguh-sungguh kedua-dua buah karya Engels tadi.
Jabatan Politik
Rejimen ke-10
Tentera Rakyat Malaya
31 Mac 1983
MEMPELAJARI KARYA ENGELS “KARL MARX” DAN “PIDATO DI MAKAM KARL MARX”
1. S - Bilakah ulang tahun ke 100 wafatnya guru agung Karl Marx?
J - Ulang tahun ke-100 wafatnya guru agung Karl Marx jatuh pada 14 Mac tahun 1983.
2. S - Apa sebab kita mesti belajar tentang Karl Marx?
J – Sebab-sebab kita mesti belajar tentang Karl Marx ialah:
a)Marx adalah Pemimpin dan guru agung Proletariat internasioal.
b)Marx adalah penaja dan pengasas Komunisme ilmiah dan gerakan Komunis internasional.
c) Marx adalah ahli fikir dan ahli sains terulung sepanjang sejarah umat manusia.
d) Ajaran Marx adalah senjata rohaniah yang telah mengubah dunia dan akan terus mengubah wajah dunia.
e) Marxisme adalah Pedoman Pembimbing bagi gerakan Proletariat internasionalserta bagi bangsa-bangsa dan Rakyat-Rakyat tertindas seluruh dunia untuk Pembebasan.
3. S - Sebutkan beberapa sumbangan penting Karl Marx.
J - Antara sumbangan terpenting Karl Marx ialah:
1) Membekalkan senjata ideoloji yang ampuh iaitu Komunisme ilmiah kepada Proletariat dan umat manusia progresif seluruh dunia dalam Perjuangan untuk pembebasan
2) Bersama Engels, Marx hasilkan MANIFESTO PARTI KOMUNIS yang menjadi Pedoman kaum Buruh sedunia dan gerakan Komunis internasional.
3) Menaja INTERNASIONAL PERTAMA yang merupakan pusat menyatukan dan mendorong gerakan Komunis internasional.
4) Marx hasilkan karya agung KAPITAL yang mempunyai erti pembuat zaman dalam sejarah.
5) Sepanjang hayatnya, Marx mengasaskan 3 ajaran penting iaitu Materialisme Dialektika dan Materialisme Historika, ilmu ekonomi politik serta Sosialisme Ilmiah.
4. S - Bilakah Karl Marx dilahirkan dan di mana?
J - Karl Marx dilahirkan pada 5 Mei tahun 1818 di Treves (atau Trier), provinsi Rhine, Jerman.
5. S- Bilakah Karl Marx wafat dan di mana?
J - Karl Marx wafat pada 14 Mac tahun 1883 di London, Britain dalam usia hampir 65 tahun. Beliau dimakamkan di Tanah Perkuburan Highgate, London.
6. S - Sebutkan secara ringkas tentang ibu-bapa Karl Marx.
J – Bapa Karl Marx seorang peguam keturunan Yahudi, seorang yang progresif dan memihaki Rakyat serta mempunyai pengaruh besar ke atas Marx. Ibu Marx seorangBelanda dan merupakan seorang pengasuh yang baik.
7. S - Dimanakah Karl Marx Belajar dan apakah yang dipelajarinya?
J - Setelah tamat sekolah menengah, Marx mula-mula belajar ilmu undang-undangdi Universiti Bonn dan kemudian menumpukan perhatian belajar sejarah dan falsafah di Universiti Berlin.
8. S - Ketika di Universiti Berlin, teori-teori siapakah yang mempunyai pengaruh besar ke atas Marx?
J - Ketika di Universiti Berlin, Marx terpengaruh oleh teori Dialektik Hegel serta teori Materialisme Feuerbach.
9. S - Bagaimana Marx memperlakukan teori Dialektik Hegel dan teori Materialisme Feuerbach?
J - Marx mengambil Dialektik Hegel dan mencampakkan kelongsongnya yang idealis, mengambil Materialismae Feuerbach dan mencampakkan caranya yang metafisik, kemudian mensintesiskan dan mengembangkan teori-teori itu menjadi satuteori yang saintifik iaitu Materialisme Dialektika.
10. S - Terangkan secara ringkas tentang Jeni, isteri Marx dan peranan yang dimainkannya,
J - Isteri Marx, Jeni berasal dari kaum bangsawan (klas atasan) Jerman, abangnya kemudian menjadi seorang menteri. Kerana mencintai dan mengkagumi Marx, Jeni menolak ke tepi halangan keluarganya, mencampakkan asal Klas untuk mendirikan rumah-tangga dengan Marx.
Jeni memainkan peranan yang sangat penting di sisi Marx bukan saja eebagai seorang pengurus rumah-tangga, tetapi juga sebagai setiausaha serta rakan Seperjuangan yang sangat akrab. Beliau terlebih dahulu membaca dan menyalin karya-karya Marx, menyusun bahan-bahan, mengurus surat-menyurat Marx dan lain-lain. Di mana saja mereka pergi, Jeni merapati kaum Buruh, membantu perantau-perantau politik termasuk Pejuang-Pejuang Komune Paris dengan berbagai cara, termasuk menjual barang-barang kemasnya. Kerana kehidupan sangat miskin, 4 dari 7 orang anak Jeni dan Marx meninggal dunia semasa masih kecil dan Jeni sendiri menderita penyakit barah hati dalam masa panjang hingga meninggal dunia, Begitu penting peranan Jeni dalam membantu Marx sehinggakan anak mereka menulis mengatakan kalau tanpa Jeni, maka tidak akan ada Marx.
11. S - Pada tahun 1844 di Paris, Marx bersama A. Ruge menerbitkan BUKU TAHUNAN JERMAN-PERANCIS. Sebutkan arti penting majalah ini.
J – Karya-karya Marx di dalam majalah BUKU TAHUNAN JERMAN-PERANCIS menandakan peralihan Marx dari Demokrasi Revolusioner kepada Materialisme dan Komunisme. Tulisan-tulisan Marx dalam majalah ini dengan tegas menganjurkan bahawa:
a) Harus melanoarkan kritik terhadap segala-gala yang ada, termasuk kritik secara Bersenjata.
b) Kaum Proletariat adalah satu-satunya Klas yang dapat menghapuskan pemerasan.
12. S - Bilakah Marx dan Engels bertemu dan di mana?
J - Marx dan Engels bertemu pada bulan September 1844 di Paris, Perancis.
13. S - Sebutkan secara ringkas peranan yang dimainkan oleh Engels.
J - Engels adalah rakan Seperjuangan Marx yang paling akrab. Selain membantu Marx di segi kehidupan, beliau memberikan sumbangan-sumbangan yang sangat besar di bidang teori. Bersama-sama beliau Marx mengkaji dan menciptakan teori di bidang falsafah, ekonomi politik dan Sosialisme ilmiah, melawan aliran-aliran fikiran yang salah, bersama Marx menceburkan diri dan memimpin Perjuangan-Perjuangan Proletarat, bersama Marx menaja dan memimpin INTERNASIONAL PERTAMA dan terus mengibarkan tinggi-tinggi panji Marxisme serta menyusun dan menerbitkan Jilid II dan III KAPITAL setelah wafatnya Marx.
Sungguhpun peranannya sangat besar, tapi Engels sangat merendah hati, sentiasa meletakkan dirnya di belakang Marx. Belau hangat mencintai Marx semasa hidupnya dan amat menghormati serta mengkagumi Marx selepas wafatnya. Kalau tanpa Engels, Marx bukan saja tak dapat menghasilkan karya-karyanya bahkan beliau akan mati ditekan oleh Kemiskinan.
14. S - Apakah isi terpokok dalam karya bersama Marx dan Engels berjodol FAMILI KERAMAT: MELAWAN BRUNO BAUER DAN RAKAN-RAKANNYA?
J - Isi terpokok karya ini ialah buat pertama kalinya Marx dan Engels menyatakan idea bahawa:
a) Kaum Proletariat adalah penggali liang kubur kapitalisme.
b) Massa Rakyat adalah Pencipta sejarah.
15. S - Terangkan secara ringkas tentang Revolusi Besar Perancis.
a) J - Masyarakat feudal Perancis ketika itu terbagi kepada tiga tingkat:
Tingkat pertama terdiri dari golongan agama.
Tingkat kedua terdiri dari golongan bangsawan; (kedua-dua golongan tersebut berpusatkan maharaja Perancis).
Tingkat ketiga terdiri dari kaum Buruh, Tani dan kaum burjuasi yang sedang bangkit.
b) Kaum bangsawan feudal Perancis yang berkuasa menekan hebat tingkat ketiga, menimbulkan ratio tidak puas hati yang mendalam di kalangan mereka. Pada 14 hari bulan Julai tahun 1789 Massa Rakyat di Paris telah bangkit melancarkan Pemberontakan melawan kaum feudal dengan kekerasan, merampas gudang senjata dan gulingkan kekuasaan raja di Paris. Kaum bangsawan melarikan diri ke luar negari. Mengambil kesempatan itu, kaum burjuasi telah merampas kuasa dengan merebut hasil Kemenangan Revolusi Rakyat dan mengisytiharkan manifesto “hak manusia” untuk menipu Rakyat.
c) Setelah kaum bangsawan Perancis digulingkan pada tahun 1789 kuasa-kuasa feudal asing telah melancarkan pencerobohan ke atas Rakyat Perancis. Massa Rakyat telah malakukan perang bela-diri dengan gagah-berani. Dalam beberapa hari saja, Tentera Sukarela seramai 15,000 orang telah disusun di Paris, Massa Rakyat dari berbagai tempat termasuk Tentara Sukarela dari Marseille dengan melantangkan “Lagu-Marseille” mara ke ibu kota (Paris), tapi banyak pegawai tentera lama yang berasal dari kaum bangsawan serta anasir-anasir burjuis telah berkhianat.
d) Pada 10 Ogos 1792 Massa Rakyat sekali lagi melancarkan Revolusi Bersenjata menggulingkan raja kemudian Tentera Sukarela mara ke garis depan dan menghalau musuh-musuh dari luar, tapi hasilnya juga dibolot oleh kaum burjuasi yang mendirikan republik Perancis pada 22 September 1792. Pada bulan Jun 1793, Raja Louis Ke-16 di Perancis dan Permaisuri tela dipancung kepala.
e) 31 Mei - 2 Jun tahun 1793, Rakyat Paris melancarkan Pemberontakan kali ketiga, menumbangkan kekuasaan kaum burjuasi dan dirikan kekuasaan Revolusioner burjuas yang lain.. Di satu segi rejim baru mengambil cara lembut terhadap Rakyat, menghapuskan sistem feudal, membahagi-bahagikan tanah, menurunkan cukai dan menyerukan Rakyat supaya membela tanah-air dari musuh-musuh luar. Tapi di segi dalam mereka menekan Rakyat dan pemerintahan memasuki tempoh reaksioner.
f) Revolusi Besar Perancis juga dinamakan Revolusi Burjuis Perancis. Revolusi kali ini telah memusnahkan sistern rejim feudal di Perancis, mendorong maju perkembangan kapitalisme di Perancis. Revolusi kali ini juga menggoyahkan sistem feudalisme di Eropah, mendorong maju Revolusi di berbagai negeri di Eropah.
16. S - Apakah isi pokok buku KEPAPAAN FALSAFAH yang ditulis oleh Marx pada tahun 1847 di Brussels?
J - Isi pokok buku KEPAPAAN FALSAFAH oleh Marx ialah:
a) Mengkritik pandangan-pandangan reaksioner Proudhon.
b) Menerangkan kontradiksi-kontradiksi dalam masyarakat kapitalis.
c) Menegaskan misi sejarah Klas Proletariat.
d) Memastikan bahawa kapitalisme pasti akan digantikan dengan Sosialisme.
17. S - Apakah nama organisasi Buruh yang didirikan oleh Marx di Brussels pada tahun 1847 dan apakah tujuannya?
J - Organisasi buruh yang didirikan oleh Marx di Brussels pada tahun 1847 ialah Persatuan Buruh Jerman. Tujuannya ialah:
a) Meningkatkan kesedaran politik kaum Buruh Jerman yang bermestautin di Brussels.
b) Menyibarkan ideal Komunisme saintifik di kalangan mereka.
18. S - Bilakah Liga Komunis didirikan dan apakah arti penting Liga tersebut?
J - Liga Komunis didirikan oleh Marx dan Engels di London pada tahun 1847. Liga Komunis mempunyai arti penting di segi:
a) Ia merupakan organisasi Komunis internasional Proletariat yang pertama di dunia, yang buat pertama kalinya menegaskan bahawa Perjuangan kaum Buruh harusla bersifat internasional.
b) Liga memberikan sumbangan besar yang bersejarah sebagai sekolah bagi kaum Revolusioner Proletar.
c) Liga adalah tunas Parti Proletar.
d) Sejumlah besar bekas anggota Liga Komunis mengambil bahagian penting dalam kerja menubuhkan INTERNASIONAL PERTAMA pada tahun 1864.
e) Liga Komunis mengemukakan dokumen programatik yang sangat penting iaitu MANIFESTO PARTI KOMUNIS.
19. S - Bilakah MANIFESTO PARTI KOMUNIS diterbitkan?
J - MANIFESTO PARTI KOMUNIS dikarang oleh Marx dan Engels atas permintaan Kongres Kedua Liga Komunis, Ia diterbitkan pada bulan Februari tahun 1848.
20. S - Apakah erti penting MANIFESTO PARTI KOMUNIS?
J - MANIFESTO PARTI KOMUNIS mempunyai erti penting di segi:
a) Ia merupakan dokumen programatik yang pertama bagi kaum Proletariat dan mempunyai erti pembuat zaman dalam gerakan Komunis internasional.
b) Ia pertama kali dengan megahnya mengisytiharkan kepada dunia bahawa gerakan Komunis secara resminya bermula.
c) Ia adalah dokumen pembimbing yang sangat penting bagi kaum Proletariat yang memaparkan pandangan dunia Marxisme khasnya ajaran tentang Perjuangan Klas dan tentang kewajiban sejarah yang dipikul oleh Proletariat sebagai pencipta masyarakat Komunisme.
d) Ia mengemukakan seruan pokok yang bersejarah: “Kaum Buruh Semua Negeri, Bersatulah!
21. S - Terangkan secara ringkas kenapa Marx disingkirkan dari Brussels pada bulan Mac tahun 1848.
J - Marx disingkirkan dari Brussels pada bulan Mac tahun 1848 kerana:
a) Aktiviti-aktiviti beliau dalam Persatuan Buruh Jerman, Liga Komunis dan Akhbar Jerman-Brussels telah amat menggemparkan kaum burjuasi.
b) Kerajaan Prussia mendesak kerajaan Belgium supaya menyingkirkan Marx kerana kecarnan-kecaman beliau ke atas kerajaan Prussia.
c) Revolusi Februari 1848 di Perancis telah memberi pengaruh yang besar di kalangan kaum Buruh Belgium, hingga kerajaan Belgium sangat takut Revolusi meletus di Belgium
22. S - Terangkan secara ringkas Revolusi Februari tahun 1848 di Perancis.
J - Ketika itu kerajaan Perancis adalah kerajaan diraja bulan JuIai yang menekan hebat gerakan Rakyat khasnya gerakan kaum Buruh. Pada 23 Februari 1848, kaum Buruh dan Massa Rakyat lainnya berarak secara aman tapi ditekan dengan kekerasan oleh kerajaan lalu mereka bangkit berlawan dengan senjata di mana-mana. Askar-askar turut bersimpati dengan Rakyat. Pada 24 Februari, banyak pos-pos penting ditawan, raja melarikan diri, takhtanya dibakar, Rakyat menguasai istana dan Revolusi mencapai Kemenangan. Tapi Kemenangan dirampas oleh kaum burjuasi yang mendlrikan kerajaan sementara dan membentuk repablik. Di satu segi, kaum burjuasi terpaksa memberikan hak-hak demokrasi dan kerja kepada kaum Buruh, tapi di segi lain mereka mendirikan kekuatan reaksioner. Pada bulan Mei 1848, mereka menangkap pemimpin-pemimpin Buruh serta mengharamkan organisasi-organisasi Revolusioner.
23. S - Terangkan secara ringkas Revolusi Mac tahun 1848 di Jerman.
a) J - Sejak tahun 1845 & 1846 keadaan sangat sukar di Jerman, Krisis ekonomi hebat pada tahun 1847. Buruh mogok, kaum Tani memberontak, lebih-lebih lagi setelah Revolusi Februari 1848 di Perancis. Rakyat Jerman mulai berontak dari selatan kemudian berkembang ke lain tempat.
b) Mac 1848 di Berlin, kaum Buruh dan Massa Rakyat lainnya lawan kerajaan dengan senjata, bertempur 1 hari 1 malam dengan mendapat simpati dari askar. Raja terpaksa undurkan tentera dari Berlin bebaskan tahanan-tahanan politik, rombak kabinet dan lain-lain. Revolusi di berbagai wilayah Jerman juga mencapai hasil besar, tapi kaum burjuasi bertolak-ansur dengan raja dan tuan-tanah dan menekan pemberontakan. Pada bulan Disember 1848 pihak raja merampas kuasa semula, bubarkan Dewan Rakyat dan pulihkan kekuasaan reaksioner.
24. S - Apakah yang dilakukan Marx apabila beliau pulang ke Jerman melepas Revolusi Mac 1848 di Jerman?
J - Marx pulang ke Jerman bersama Engels dan beberapa ratus orang anggota Liga Komunis pada bulan Maret dan April 1848 untuk ambil bahagian dalam Revolusi Jerman yang sudah meletus. Beliau menerbitkan Akhbar Rhine Baru di Cologne serta melakukan kerja propaganda dan agitasi secara besar-besaran melawan kerajaan Prussia dan kaum burjuasi, serta menganjurkan kaum Buruh melancarkan Pemberontakan.
25. S - Terangkan secara ringkas peranan Akhbar Rhine Baru.
J - Akhbar Rhine Baru yang diterbitkan dari Jun 1848 dan diharamkan pada Mei 1849 telah memainkan peranan yang sangat besar di segi:
a) Ia adalah lidah resmi yang militan dari Proletariat, satu-satunya akhbar yang dengan gagah berani mewakili dan mempertahankan kepentingan Demokrasi Revolusioner dan kepentingan Proletariat.
b) Ia dengan tegas melaksanakan program politik, garis dan taktik jag ditetapkan oleh Marx dan Engels.
c) Ia menjalankan propaganda Revolusioner secara besar-besaran, menyatukan kekuatan Revolusioner, mendidik Massa Rakyat, menyusun Massa Rakyat supaya bangkit Berjuang melawan kontra-Revolusi serta menyokong tanpa rizaf pemberontakan-pemberontakan Rakyat.
d) Ia menyokong Perjuangan Rakyat Revolusioner berbagai negeri.
26. S - Terangkan secara ringkas pemberontakan Jun tahun 1848 di Prancis.
J - Pemberontakan Jun 1848 di Prancis merupakan perang dalam negeri yang pertama antara kaum Proletariat dengan kaum burjuasi. 40,000 lebih kaum Buruh bertempur dengan gagah berani di jalan-jalan raya melawan tentera reaksioner tanpa mempedulikan tembakan-tembakan musuh. 11,000 buruh terkorban. 25,000 ribu lebih dijadikan Buruh paksa oleh burjuasi. Melalui Revolusi ini kaum Buruh dapat mengenal dengan lebih jelas watak keji kaum burjuasi, mereka memahami bahawa untuk mencapai Pembebasan, kaum Buruh harus menumbangkan kaum burjuasi
27. S - Dari tahun 1843 hingga tahun 1849, Marx terpaksa berpindah beberapa kali kerana disingkir atau ditekan oleh pemerintah-pemerintah reaksioner Eropah. Sebutkan ke mana beliau berpindah.
J - Pertama, dari Rhine , Jerman, Marx berpindah ke Paris Perancis; Kedua, dari Paris, Marx disingkirkan ke Brussels, Belgium; Ketiga dari Brussels beliau disingkirkan ke Paris; Keempat dari Paris, Marx dan Engels bersama beberapa ratus orang anggota Liga Komunis pulang ke Cologne, Jerman untuk ambil bahagian dalam Revolusi Jerman; Kelima, dari Cologne, Jerman beliau disingkirkan pula ke Paris; Ke-enam, pada bulan Jun 1849, dari Paris Beliau disingkir ke London Britain, menetap di sana hingga meninggal dunia pada Tahun 1883.
28. S – Dalam karya Marx “18 HARI-BULAN KASUS LOUIS BONAPARTE”, Marx menganalisa proses Revolusi di Perancis dari Revolusi Pebruari hingga kudeta Louis Bonaparte pada bulan Disember 1851. Sebutkan 3 isi pokok dalam karya itu.
J - Tiga isi pokok dalam karya Marx 18 HARI-BULAN KASUS LOUIS BONAPARTE ialah:
a) Marx mengembangkan teori tentang negara dan Kediktatoran Prolatriat.
b) Marx menegaskan dali1-dalil bahawa kaum Proletariat harus menghancurkan jentera negara.
c) Marx menegaskan teori bahawa kaum Proletariat harus bersekutu dengan kaum Tani dan memimpin kaum Tani dalam Revolusi.
29. S - Di perpustakaan manakah Marx membuat pengkajian dan bidang apakah yang dikajinya setelah beliau berpindah ke London?
J - Marx mamhuat pengkajian di perpustakaan Muzeum British dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang Ekonomi-Politik.
30. S - Apakah yang dimaksudkan dengan Bonapartisrne?
J - Bonapartisme adalah salah satu bentuk dari kediktatoran burjuis yang lahir pada masa kaum burjuasi mengubah Revolusi Demokratik burjuis monjadi kontra-Revolusi. Ia berasal dari fahaman dan tindakan Napoleon Bonaparte dan Louis Bonaparte di Perancis yang merampas kuasa dan mondirikan kediktatoran burjuani. Ciri-ciri istimewanya ialah puak militer mengepalai negara dan memegang kuasa, memperalatkan puak-puak militer lainnya, polis, birokrat dan agama untuk memperkukuhkan kekuasaan sendiri. Melalui berbagai penipuan ia menjalankan penindasan Klas di dalam negeri serta dasar pencerobohan nasional ke luar negeri.
31. S - Bilakah karya terbesar Marx KAPITAL diterbitkan dan apakah erti penting karya itu?
J - Karya terbesar Marx KAPITAL Jilid I diterbitkan di Hamburg pada tahun 1867.
Erti pentingnya ialah:
a) Ia adalah karya agung Marx yang mempunyai erti pembuat zaman.
b) Ia memaparkan teori Ekonomi Politik Marxis yang menjadikan nilai-lebihan sebagai utamanya.
c) Ia mengkaji hukum-hukum gerak Ekonomi Social kapitalis, menyingkapkan kontradiksi-kontradiksi dalam masyarakat kapitalis serta memastikan bahawa kapitalisme pasti musnah dan Komunisme pasti menang.
d) Ia meletakkan ajaran Sosialisme di atas dasar saintifik (ilmiah) yang kukuh.
32. S - Siapakah yang menyusun dan menerbitkan karya terbesar Marx Jilid II, III dan IV?
J - Karya terbesar Marx KAPITAL jilid II dan III disusun dan diterbitkan oleh Engels setelah Marx wafat manakala jilid IV diterbitkan setelah Engels meninggal dunia.
33. S - Bilakah Internasional Pertama didirikan, di mana dan oleh siapa?
J - Internasional Pertama didirikan pada 28 September 1864 di London oleh Marx dan Engels.
34. S - Apakah nama asal Internasional Pertama?
J - Nama asalnya ialah Perhimpunan Buruh Internasional.
35. S - Sebutkan beberapa peranan penting yang dimainkan oleh Internasional Pertama.
J - Di bawah pimpinan Marx dan Engels Internasional Pertama:
a) Menyatukan Klas Buruh berbagai negeri dan memperkukuhkan Perjuangan internasional Klas Buruh di bawah semboyan “Kaum Buruh Seluruh Negeri, bersatulah!” dan menyebarkan Sosialisme Ilmiah.
b) Memimpin Perjuangan Ekonomi dan Politik kaum Buruh berbagai negeri.
c) Melawan berbagai aliran anti-Marxis dalam gerakan Buruh seperti Proudhonisme, Bakuninisme, trade-unionisme, Lassalleanisme dan lain-lain.
d) Merumuskan Program dan Taktik Perjuangan Buruh berbagai negeri.
e) Dengan ghairah menyokong dan mendukung Komun Paris yang didirikan pada bulan Mac tahun 1871.
f) Meletakkan dasar organisasi internasional kaum Buruh sehingga kaum Buruh dapat bersiap-sedia untuk melancarkan serangan Revolusioner keatas kapital (oleh: Lenin).
g) Memupuk kader-kader Buruh yang terpusat dan menciptakan syarat-syarat yang pelu bagi menubuhkan Parti-Parti Politik Klas Buruh di berbagai negeri.
36. S - Apakah sikap Marx terhadap Komun Paris dan apakah yang dilakukannya terhadap pengalaman Komun Paris?
J - Marx memberi penilaian yang tinggi kepada Komun Paris, dan ghairah menyokong dan mendukung Komun Paris serta menyimpulkan pengalaman-pengalamannya dalam karya cemerlang “PERANG DALAM NEGERI PERANCIS”.
37. S - Selepas kejatuhan Komun Paris adalah mustahil bagi Internasional Pertama untuk melancarkan tindakan-tindakan praktikal yang jaya, lalu ia dibubarkan pada tahun 1876. Sebutkan dua sebab pokok langkah ini diambil.
J - Dua sebab pokok Internasional Pertama dibubarkan pada tahun 1876 di bawah usulan Marx ialah:
a) Ia dapat menghentikan segala percubaan untuk melancarkan tindakan nekad yang sia-sia atas nama Internasional.
b) Hubungan yang erat antara Parti-Parti Buruh Sosialis yang Merdeka dapat diperlihara terus-menerus, dan Parti-Parti itu dapat berkembang dengan pesat tanpa ikatan.
38. S - Apakah dia Proudhonisme?
J - Proudhonisme adalah fahaman yg dianjurkan Proudhon (1809 - 1865) - seorang Sosialis burjuis-kecil dan panaja anarkisme. Proudhon lahir dalam keluarga Tani dan tukang kerajinan-tangan di Perancis, berdiri diatas pendirian burjuis kecil untuk mengkritik kapitalisme dan berangan-angan supaya sistem hak milik perseorangan kecil-kecilan itu dapat dikekalkan selamanya. Dia hanya mau membaiki “segi-segi yang buruk” dari kapitalisme, bukan menghancurkan kapitalisme seluruhnya. Dia menganjurkan didirikan “Bank-Rakyat” supaya kaum Buruh dapat bersandar pada Bank tersebut, membeli alat-alat produksi dan penghasilannya dapat dijual secara adil. Dia tidak nampak peranan besar yang dimainkan oleh Proletariat, menentang Perjuangan Klas, Revolusi-Sosialis dan Kediktatoran-Proletariat dan menyangkal perlunya negara.
39. S - Apakah dia Bakuninisme?
J - Bakuninisme adalah fahaman yang dianjurkan Bakunin (1814 – 1876), seorang anarkis. Dia lahir dalam keluarga bangsawan di Russia dan pernah menjadi pegawai tentera. Pada tahun 1840, dia merantau ke Jerman, Switzerland dan Perancis. Pada tahun 1849 dia dijatuhi hukuman bunuh kerana memimpin satu pemberontakan di Jerman. Pada tahun 1851, bila kerajaan Jerman menyerahinya kepada kerajaaan Russia Bakunin dibuang daerah. Dalam masa pembuangan, dia telah belot. Pada tahun 1861, dia melarikan diri ke Britain dan mencampuri Internasional Pertama pada tahun 1861. Dia melakukan aktiviti berpuak menentang Marx dan merosakkan Internasional, lalu dipecat pada tahun 1872. Kata Marx: Di segi teori Bakunin langsung tak ngerti, tapi di segi main komplotan dia sangat handal.
Bakuninisme menggembar-gembur untuk hapuskan negara, mendakyah konon segala dosa berpunca dari negara, bukan dari kapitalisme, menganjurkan pemberontakan spontan dari kaum Tani, Proletar gelandangan untuk hapuskan negara menegakkan masyarakat yang tanpa kerajaan tapi mempunyai “kebebasan mutlak” bagi perseorangan. Bakuninisme menentang kerja politik di kalangan Massa serta peranan kaum Proletariat, menentang segala disiplin dan otoriti serta menentang Revolusi Proletar dan Kediktatoran Proletariat.
40. S - Apakah dia anarkisme?
J - Anarkisme adalah semacam jalan fikiran yang reaksioner dari burjuis kecil, yang menyangkal kekuasaan negara dan Perjuangan Klass. Ia lahir pada paruh pertama abad ke-19 di Eropah dengan Proudhon di Perancis serta Bakunin dan Kropotkin di Russia sebagai wakilnya. Ia menggembar-gemburkan kebebasan perseorangan yang mutlak, menentang sebarang kuasa dan otoriti, menganjurkan negara dihapuskan dalam masa 24 jam dan mendirikan sebuah masyarakat yang tanpa pemerintah di mana tidak ada perintah, kuasa, kepatuhan dan hukuman, tapi ada kebebasan mutlak. Aliran anarkisme secara langsung merosaki gerakan kaum Buruh dan Revolusi sebelum Proletariat merebut kuasa dan bila sudah merebut kuasa, anarkisme membantu kaum burjuasi untuk merosakkan Kediktatoran Proletariat. Lenin mengatakan anarkisme menjadikan kaum Buruh patuh kepada politik kaum burjuasi bawah topeng tidak mahukan politik.
41. S - Apakah dia trade-unionisme?
J – Trade-unionisme juga disebut fahaman Kesatuan Buruh, semacam aliran reformisme di dalam gerakan Buruh. Ia pertama-tama mendapat namanya di dalam Kesatuan Buruh British yang didirikan pada tahun 1860an yang dipimpin kebanyakannya oleh bangsawan Buruh. Trade-unionisme mengisytiharkan bahawa tujuan utama gerakan Buruh ialah memperbaiki syarat-syarat kehidupan dan kerja, menggalakkan kerjasama dengan burjuasi, menentang kaum Proletar melakukan Perjuangan politik untuk menggulingkan kapitalisme.
42. S - Apakah dia Lassalleanisme?
J - Lassalleanisme adalah faham yg dianjurkan Lassalle (1825-1864). Seorang Jerman yang menjadi wakil oportunisme yang pertama di Jerman. Ia secara bersembunyi bersahabat dengan kerajaan Jerman untuk mengkhianati kepentingan Buruh.Lassalle menyangkal Revolusi kekurasan, menganjurkan kegiatan-kegiatan Damai melalui pilihan-raya dan parlimen untuk beralih ke “Sosialisme”, ini adalah untuk menggantikan perjuangan-Revolusioner Klas Buruh.
Marx mengkritik Lassalleanisme sebagai batu penghalang bagi menyusun kaum Proletariat, akhirnya ia menjadi alat perkakas yang ringkas bagi polis.
43. S - Apakah dia sektarisme?
J - Sektarisme adalah semacam langgam ideoloji yang tidak tepat dalam barisan Revolusioner. Cirinya ialah: untuk mencapai faedah perseorangan atau bagi sejumlah kecil orangnya, ia menarik sesetengah orang dari memulaukan orang lain, melakukan kegiatan berpuak-puak, suka main Merdeka dan suka melakukan Perjuangan berpuak-puak yang tidak berprinsip. Sektarisme sangat menjejaskan Kesatuan dan perpaduan Parti dan barisan Revolusioner, dan adalah satu macam manifestasi dari garis organisasi oportunisme.
44. S - Sebutkan dua ciri penting pandangan sejarah idealisme historika yang diwariskan oleh para sejarawan yang dulu sebelum Marx.
J - Dua ciri, penting dari pandang sejarah idealism historika para sejarawan yang dulu sebelum Marx ialah:
a) Mereka menyelidiki perubahan-perubahan sejarah dari idea-idea manusia yang berubah dan menganggap bahawa dari semua perubahan sejarah, perubahan politiklah yang paling penting
b) Mereka menumpukan pada peranan jumlah kecil tokoh Pahlawan yang dikatakan pencipta sejarah dan meremehkan peranan Massa Rakyat dalam sejarah.
45. S - Apakah penemuan penting Marx dan Engels di bidang pandangan dunia?
J - Marx dan Engels dengan berdiri diatas pendirian Proletariat dan dengan menggunakan Materialisme historika telah membawa Revolusi dalam seluruh pandangan sejarah dunia dengan menemukan hukum-hukum umum tentang perkembangan masyarakat manusia.
46. S - Apakah dia hukum-hukum umum tentang perkembangan masyarakat manusia yang ditemukan Marx dan Engels?
J – Hukum-hukum umum tentang perkembangan masyarakat manusia yang ditemukan Marx dan Engels ialah:
a) Ekonomi adalah dasar yang menentukan struktur-atas seperti Politik, Undang-Undang, Moral, Falsafah, Kesenian, Agama dan lain-lain.
b) Struktur-atas pada gilirannya mempunyai pengaruh ke atas dasar ekonomi.
c) Perjuangan Klas dan Perjuang untuk produksi adalah kekuatan pendorong bagi perkembangan masyarakat.
d) Semua sejarah yang lampau dan masyarakat perhambaan hingga ke masyarakat kapitalis hari adalah sejarah Perjuangan Klas, Perjuangan antara Klas-Klas yang mememerintah dan yang diperintah serta antara yang memeras dan diperas.
e) Massa Rakyat adalah pencipta sejarah yang sejati.
47. S - Apa sebab Rakyat Pekerja di masyarakat perhambaan, feudal dan kapitalis, sungguhpun melakukan kerja yang berat, tapi tetap hidup menderita?
J - Rakyat Pekerja dalam masyarakat perahambaan, feudal dan kapital tetap hidup menderita sungguhpun mereka melakukan kerja yang berat kerana:
a) Segala hasil kemajuan sejarah secara keseluruhannya dibolot oleh satu golongan kecil yang di istimewakan.
b) Rakyat Pekerja terus dipaksa menggunakan tenaga Kerja mereka sendiri untuk menghasilkan bahan-bahan kehidupan mereka serta menghasilkan bahan-bahan yang semakin kaya-raya bagi golongan kecil yang diistimewakan itu.
48. S - Kenapa kaum burjuasi tidak lagi mampu memainkan peranan memimpin masyarakat?
J - Kaum burjuasi tidak lagi mampu memainkan peranan memimpin masyarakat kerana mereka telah memenuhi misi sejarahnya dan telah menjadi penghalang kepada perkembangan produksi seperti terbukti dari tercetusnya krisis-krisis ekonomi kapitalis secara berkala yang tak dapat disembuhkan.
49. S - Kenapa peranan Memimpin masyarakat itu telah beralih ke tangan Proletariat dan kenapa Proletariat mampu memainkan peranan ini?
J - Kaum Proletariat telah mengambil-alih peranan Memimpin Masyarakat dan mampu memainkan peranan ini kerana:
a) Proletariat adalah penggali kubur kapitalisme.
b) Proletariat adalah KIas yang paling maju dan paling jaya dalam sejarah.
c) Proletariat mendapat tempaan di produksi dan dalam melawan kapitalisme, mudah disatukan dan disatukan dan disusun serta mempunyai semangat organisasi dan disiplin yang paling tinggi.
d) Kerana tak memiliki sebarang alat produksi serta paling hebat diperas, Proletariat mempunyai Tekad-Juang yang paling tinggi serta paling Teguh dan tegas ber-Revolusi, mereka hanya akan kehilangan belenggu, tapi akan memperoleh seluruh dunia.
50. S - Apakah penemuan besar kedua yang dibuat oleh Marx?
J - Penemuan besar kedua oleh Marx ialah penemuan tentang nilai-lebihan yang merupakan penjelasan muktamad mengenai hubungan antara kapital (modal) dengan kerja, iaitu bagaimana pemerasan keatas kaum Buruh oleh kapitalis berlaku di bawah cara produksi kapitalis.
51. S - Bagaimanakah Marx menjelaskan tentang pemerasan ke atas kaum Buruh oleh kapitalis?
J - Marx menunjukkan:
a) Cara produksi kapitalis hari ini telah mewujudkan dua Klas iaitu Klas kapitalis dan Klas Proletariat.
b) Klas kapitalis memiliki bahan-bahan produksi dan penghidupan, manakala Klas Proletariat tak mempunyai apa-apa kecuali tenaga-Kerja.
c) Klas Proletariat terpaksa menjual tenaga-Kerja sebagai barang dagangan kepada kapitalis supaya dapat memiliki bahan-bahan penghidupan.
d) Klas kapitalis tidak membayar nilai penuh bagi tenaga-Kerja Klas Proletariat, tetapi menghisap nilai lebihan yang dihasilkan Klas Proletariat.
52. S - Apakah yang dimaksudkan dengan nilai-lebihan?
J – Nilai-lebihan ialah nilai yang di hasilkan oleh kaum Buruh dalam Kerja untuk kapitalis yang tidak dibayar upah ,sebaliknya dihisap oleh kapitalis.
Misalnya: Kapitalis memaksa kaum Buruh bekerja 10 jam sehari tapi membayar upah hanya untuk 5 jam Kerja, Kerja untuk 5 jam lagi itu tidak dibayar upah. Nilai yang dihasilkan dalam 5 jam kerja dan tidak-dibayar upah tapi dihisap kapitalis ini dipanggil nilai-lebihan.
53. S - Kenapa kita mesti belajar teori Marx tentang nilai-lebihan?
J - Sebab kita mesti belajar teori Marx tentang nilai-lebihan ialah:
a) Ia adalah penemuan yang sangat besar dalam sains dan satu sumbangan yang sangat penting kepada umat manusia.
b) Ia adalah yang pertama kalinya mendedahkan rahasia pemerasan kapitalis ke atas Proletariat.
c) Dengan mempelajarinya barulah kita dapat memahami hukum-hukum perkembangan masyarakat kapitalis serta bagaimana kapitalisme pasti akan musnah dan Sosialisme pasti menang.
54. S - Terangkan secara ringkas watak luhur dan prestij tinggi Marx seperti yang disimpulkan Engels.
J - Engels mengatakan Marx pertama-tamanya adalah ahli Revolusi diatas segala-galanya. Misi hidupnya adalah memberi sumbangan kepada usaha meruntuhkan kapitalisme dan Pembebasan kaum Proletariat. Berjuang merupakan jiwanya. Beliau adalah manusia yang paling dibenci dan paling difitnahkan pada zamannya oleh berbagai pemerintah dan burjuasi, namun beliau ketepikan semua itu seperti ianya sarang labah-labah dan menjawabnya hanya bisa perlu. Marx amat dicintai, dihormati, disanjung dan diratapi oleh jutaan Proletariat.
Wafatnya Marx adalah satu kehilangan yang tak ternilaikan, nama dan sumbangan-sumbangan beliau kekal abadi!
55. S - Apakah yang patut kita belajar dari Marx?
J - Kita harus:
a) Belajar pendirian Marx yang Tegap, Semangat, Keberanian yang luar biasa, Semangat Pantang-Tunduk, tahan susah-payah, berkeyakinan penuh terhadap hari depan.
b) Belajar langgan Marx yang terpuji yang merangkaikan teori dengan praktik.
c) Belajar semangat Marx yang belajar dengan tekun dan mengkaji dengan mendalam.
d) Belajar semangat Marx yang jujur dan merendah hati.
e) Belajar semangat Marx yang menjunjung tinggi-tinggi panji Internasionalisme yang Berjuang terus tanpa mengira negara dan bangsa.
56. S - Dengan memberikan beberapa contoh, huraikan secara ringkas tentang pendirian Marx yang harus kita pelajari.
J - Marx mempunyai pendirian yang paling teguh, semangat keberanian yang luar biasa, pantang tunduk pada tekanan musuh, tahan susah-payah, berkeyakinan penuh terhadap hari depan, tak menghiraukan penindasan dan pujuk-rayu dari kaum reaksioner, fitnahan dan kaum oportunis, dan tekanan dari kemiskinan. Dengan berdiri diatas pendirian Proletariat, beliau Berjuang menghadapi segala kesulitan dan tak pernah hilang keyakinan terhadap usaha Komunisme, tak pernah bercita-cita untuk menikmati sendiri hasil-hasil Perjuangannya. Contoh:
a) Dari tahun 1843 - 1849, Marx beberapa kali dihalau oleh pemerintah Prussia, Perancis dan Belgium, dilucutkan Kerakyatan, terpaksa merantau ke berbagai negeri, tapi tetap tak tunduk.
b) Beberapa kali beliau menolak pujuk-rayu kerajaan Prussia yang mahu membelinya, khasnya ketika kehidupan beliau paling miskin.
c) Pada tahun 1948 ketika baru berusia 30 tahun, Marx bersama Engels menulis MANIFESTO PARTI KOMUNIS, dengan Semangat Revolusioner yang luar biasa beraninya mereka mencabar seluruh dunia lama dan mengisytiharkan kapitalisme pasti musnah dan pasti digantikan dengan Sosialisme dan Komunisme.
d) Tanpa menghiraukan caci-maki dan kutukan dari kaum burjuasi dan kaum opportunis keatas Komun Paris, Marx menilai tinggi Komun Paris, menyimpulkan pengalaman-pengalamannya dalam PERANG DALAM NEGERI PERANCIS dan membacanya dalam Majlis Umum Internasional.
e) Mengenai kajian sains, Marx mengatakan: Dalam sains tak ada jalan yang datar, hanya orang yang tak takut kepada kesukaran dan penat-lelah tetapi berani menyusuli jalan yang tegak barulah mempunyai harapan untuk mencapai Puncak yang Gemilang. Dengan semangat keberanian inilah beliau dapat hasilkan karya agung KAPITAL.
f) Marx dengan Bijak dan Berani Memimpin Internasional Pertama lancarkan Perjuangan-Perjuangan kaum Buruh, melawan berbagai aliran fikiran salah seperti anarkisme, sektarisme dan lain-lain, menyingkirkan anasir-anasir pemecah-belah dari Internasional.
g) Marx luar-biasa tabahnya dalam melawan Kemiskinan. Kerana Kemiskinan, beliau tak mempunyai wang yang cukup untuk tambang bila disingkirkan dari satu negeri ke satu negeri, talc dapat mengubati anak-anak yang sakit hingga 4 darinya meninggal dunia, sentiasa lapar, kesejukan dan sakit, tak mampu membayar sewa-rumah, membeli surat-khabar, stem dan lain-lain. Tapi demi usaha Revolusi, Marx terus Berjuang dengan Semangat yang berkobar-kobar hingga akhir hayat.
57. S - Terangkan secara ringkas langgam terpuji Marx yang merangkaikan Teori dengan Praktik yang harus kita pelajari..
J - Marx adalah Panji Cemerlang dalam menghubungkan Teori dengan Praktik. Di mana-mana beliau pergi, beliau menceburkan diri dalam gerakan-gerakan praktikal, sentiasa berhubung erat dengan kaum Buruh, Walaupun beliau seorang Pemimpin agung dan arnat tinggi pengetahuannya, tapi beliau tidak memandang rendah kaum Buruh, sebaliknya sentiasa merapati dan Belajar dari mereka. Marx dengan Gigih Memimpin kerja organisasi baik di Paris, Brussels dan lebih-lebih lagi di London khasnya memimpin Internasional Pertama. Marx menentang keras teori kosong dan merangkaikan dengan baik soal Belajar, Bekerja dan Berjuang.
Marx berkata: Oramg yang berpengetahuan kalau tak mahu mundur, harus Pecahkan masalah berkhidmat untuk siapa - bukan mntuk kaum reaksioner, bukan untuk diri sendiri tapi untuk Massa Rakyat.
Masalah teori dirangkaikan dengan Praktik dan Berkhidmat untuk Rakyat dengan sepenuh hati adalah masalah pokok yang harus dicontohi dari Marx, lebih-lebih lagi bagi Kawan-Kawan yang berasal dari kaum terpelajar.
58. S – Bagaimanakah Semangat Belajar Marx yang harus kita contohi?
J - Marx mempunyai Semangat Belajar yang Tekun, mengkaji dengan sungguh-sungguh dan Berjuang dengan keras, sentiasa Belajar dan menulis hingga larut malam bahkan melupakan tidur dan makan serta sangat tekun membuat catatan. Beliau buka saja mempelajari dan mengkaji dengan mendalam Falsafah, Sejarah, Undang-Undang, Ekonomi-Politik, Sains-kemasyarakatan, Kesusasteraan, dan lain-lain, tapi juga mempelajari ilmu fizik, kimia, ilmu alam, matematik dan lain-lain. Untuk menulis karya agung KAPITAL, beliau hampir setiap hari pergi ke Muzeum British di London, membaca lebih 1500 buah buku serta mencatat bahan-bahan dalam 100 buah lebih buku catatan. Beliau sangat ambil berat belajar bahasa-bahasa asing. Ketika berusia 17 tahun, beliau sudah boleh menguasai 4 bahasa, beliau dapat membaca dalam hampir semua bahasa Eropah, dan mahir mengarang dalam tiga bahasa iaitu Jerman, Perancis dan Inggeris. Ketika berusia 50 tahun beliau mula belajar bahasa Russia untuk mengkaji masalah tanah di sana.
Beliau mengkaji sains dan lain-lain dengan sangat mendalam. Setiap bahan dan contoh yang dikemukakannya semuanya melalui penyiasatan dan pengkajian yang teliti.
Berkat usaha Belajar yang Gigih dan pengkajian yang mendalam beliau barulah dapat menghasilkan teori Marxisme yang tak terkalahkan.
********************************************************
Keterangan:
*Sumber dokumen ini dari MUZIUM SEJARAH KAMPUNG CHULABHORN PATANA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar